Tuesday, August 18, 2009

kasut kulit babi~ SHIAL


entri aku yang sedeh... BANGANG!

Hati2 sume... kalu beli kasut tgk2 jenis kulit kasut tu.
Jgn jadi sengap macam aku, dah tepakai kasut yang diperbuat dr kulit babi!!! BABI nyer pengilang!!!

Bagaimana untuk menyemak sama ada kasut kulit yang dijual dibuat kulit babi? Mengikut petua perhatikan betul betul corak pada kulit kasut tersebut, dan jika anda menjumpai corak 3 titik yang seragam, kemungkinan besar ia adalah kulit babi. Cara untuk mengesyaki ialah:
1. Harganya lebih murah dari kasut lain
2. Kebiasaannya kulit babi ini dipasang pada bahagian dalam kasut sebab ia lembut
3. Paling banyak didapati pada kasut kanak kanak perempuan
4. Kasut wanita dan sandal lelaki pun banyak.







TERSARUNG KASUT KULIT BABI

Soalan; ustaz, semasa saya membeli-belah dan mencuba-cuba kasut (semasa di luar negeri), saya dengan tidak sengaja mencuba kasut yang diperbuat kasut babi. Ada jurujual yang bukan Islam yang menyedari saya telahpun menyarung kasut itu, dengan segera memberitahu kasut itu diperbuat dengan kulit babi. Saya dengan serta-merta melepaskan kasut itu dan melihat kotak kasut itu dan sahih ia diperbuat dari kulit babi. Sekarang saya lebih berhati-hati apabila mencuba kasut-kasut dikedai. Namun persoalannya sekarang ustaz, wajibkah saya mencuci kaki saya dengan 7 baldi air dimana 1 dilarutkan dengan tanah? Apakah hukumnya selama ini saya tidak menyegerakan cucian kaki saya itu? (Adapun pada masa itu saya tidak tahu bagaimana cara mencuci kaki dengan 7 baldi air itu dan meragui tentang perlunya) Sahkah solat2 saya selama ini? Tolong juga memperjelaskan tentang cara-cara menyucikan diri dengan kaedah yang disebut dan perkara yang menyebabkan perlunya cucian itu. Mudah-mudahan Allah memberkati Ustaz dengan menjawab kemusykilan saya ini. Terima kasih Ustaz.

Jawapan;

Jika kita menyentuh najis dalam keadaan kering -yakni kita tidak basah dan najis itu juga tidak basah-, tidaklah kita dituntut membasuhnya. Kerana itu, jika ketika menyarung kasut itu kaki puan/saudari dalam keadaan kering (yakni tidak berpeluh atau sebagainya) tidaklah puan/saudari dituntut membasuh kaki. Tetapi jika puan/saudari mendapati kaki puan/saudari sememangnya basah, maka menurut mazhab Syafi'ie; wajiblah puan/saudari membasuh kaki puan/saudari itu sebanyak tujuh kali basuhan; basuhan pertama dengan air bercampur tanah dan basuhan-basuhan selebihnya dengan air biasa sahaja. Adapun menurut mazhab-mazhab yang lain; memadai puan/saudari membasuhnya sebagaimana najis biasa (yakni tidak perlu sampai tujuh kali dan tidak perlu dengan air bercampur tanah). Malah ada ulamak berpandangan; semua jenis kulit binatang jika disamak -yakni dibuang lendiran dan darah dikulit hingga bersih- ia akan menjadi suci termasuk kulit babi (iaitulah pandangan Imam Daud az-Zahiri).


Lenkali kalu nak membeli, tgk2 sket..belek2 la kasut tu dulu! jgn main bedal jerrr...kesian la manusia2 aku yang dah tekena nii....



credit to:::
ilmudanulamak.blogspot.com
http://pesonabatik.com/blog/kasut-kulit-babi/2007/07/03/
http://yutaka-takara.fotopages.com/?entry=1068287

No comments:

Post a Comment