Showing posts with label cari pahala. Show all posts
Showing posts with label cari pahala. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Warning!


PLEASE FORWARD THIS WARNING AMONG FRIENDS, FAMILY AND CONTACTS! 

You should be alert during the next few days. 

Do not open any message with an attachment entitled 'POSTCARD FROM HALLMARK,'

regardless of who sent it to you. 

It is a virus which opens A POSTCARD IMAGE, which 'burns' the whole hard disc C of your computer.


Thanks
(shared by HE Dato' Ibrahim Abdullah)

Sunday, February 28, 2010

smile

1. kembali..oyeahhhhhhhhhhhh..i like. ALHAMDULILLAH
2. WEY....apa jadi..?? settle sebab 12midnight-1am aku dah kena sumbat gile2 ngan slot yang hebat..
3. bas.....bas....bas...tgu la Gman...tak sampai sebulan aku ikot kau + Bad.
4. simen nak pecah minggu depan - good to hear that
5. Kedai Daos kembali di buka..ooyeahhhhhh. Barang sampai Selasa nanti..
6. Esok tak jadi la nak berenang2 kat PUTRAJAYA sbb nak kena tunggu rendang si bobot...oyooo..
7. Arini telah menjantankan diri ngan golongan tua..mari melapah lembu.
8. Meleleh telinga dengar citer2 mengarut oleh pasukan orang tua yang pencen. Dlm dendiam pandai mengompat gak pakcik2 ni
9. Complaint...tak nak campor langsong. Biarkan barisan belakang settle kan la..kami barisan depan menjadi pemerhati bebas.
10. Kambing bengong..ada ke patot di masukkan kepada kat celah papan....dah tesangkot..bonyot nyer kambing
11. Buzday party kampong style...ooo like this. sempoi and enjoy. Kalu kat kl mesti nak kena beli kek, nak kena g NZ paling busuk pon....makan2, kutuk2, potong kek...balik. Tp kampung style lagi besh
12. ada org sentap ker? lantak kau la nak sentap ke hape ker...saya neutral. Pandai sentap, pandai la jadikan tak sentap.. kenali diri anda!! ogagagaga...Saya tak amek ati pon
13. Vitagen - 10paket..o yeahhhhhhhhhhhhhh
14. Soyabean - 4 packets (4x6)
15. Swimming lagii..bushhhhhhhhhhhhh..o yeakkkk....
16. Aiman? kompas aku gagal carik aiman.. tapi aku tak kisah la asal hidup dia bahagia. kang telebey sgt amek tau, salah justifikasi plak..dapat sebijik nanti. Tak pe, saya tak kisah..saya tetap teruskan silahturahim ni..amien
17. Minggu depan nak g buat keje amal..oo yeakk..menarik jage bebudak sekolah rendah ni..
18. Belle  minggu depan dah ble bukak balutan tu..tp abg daos tak sempat2 gak nak g jumpe Belle.
19. La ni tgh sibuk training...nak buat utk bebudak KOMA tu gak..BMI mission..ayoo...
20. aku carik cgu haron minggu depan..Jai aku tgu dia settle down dengan segala barang yang bayk yang baru di keluarkan dr umah, dan masuk ke umah....tp bila la aku nak sampai umah Jai..ayooo....tgu je laaa..


p/s:  Doa kan kesejahteraan mak bapak, adik beradik, guru2, kawan2, dan sapa saja yang penah kite jumpa. Doa kan hidup mereka...jgn marah dengan mereka sbb mereka sentiasa mendoakan diri aku, samada dekat atau ketika jauh....ooyeakk...bersyukur nya aku dpt org2 macam kowang!!! Doa, doa, dan doa...
Doa dlm keadaan ghaib kalu dia takde depan mata...insya allah. 
Menitip doa terus kepada penerima...amien. 

Thursday, February 25, 2010

Ghadab wala taghdab


Wednesday, February 17, 2010

strategi stategik utk adik

$$$$$$$$$
need to get it before 20-02-10
ayokk..tercekik saya macam ni..termuntah kejap.
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendirik"
tp masalahnya sekarang ni musim panas..kalu g negeri orang pon belum tentu hujan..kalu hujan bleh la aku tadahkan besen untuk mengumbul emas-emas yang turun dengan hujan tadik..
Modus operandi laen la nampaknya harus ku pikirkan kalu begini..insya allah...option akhir: korek sume duit tabung aku kat sume bank yang aku ada!! caiok2!! berusaha berjaya!!

Monday, January 4, 2010

Hulaif Faisal: Berita dr Ipoh




Kalimah ALLAH pada telinga Hulaif Faisal b Ahmad Faisal

Friday, January 1, 2010

Sambutan Tahun Baru 2010 dengan Solat Sunat Gerhana Bulan

Thn ni kite masuk thn baru dengan meletakan dahi dibumi tanda kesyukuran dan kebesarannya krn selang 1jam 17 min (1.17am @ 1 Jan 2010) berlaku la gerhana bulan.

Dr BERNAMA menyatakan:
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) -- Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim.



Dan dr http://www.lingkudau.net/Siaran/sunat-gerhana.htm menyatakan:



Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ  ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ  ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا


Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i.                    Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii.       Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
*        Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

  
ii.      Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i.  Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُُ فَقَالَ  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

 

MaksudDari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’  ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
  

                                                                                     
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :

1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.       Membaca surah al-Fatihah.



5.       Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.

b.   Rakaat kedua.

1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah       
          atau mana-mana surah.
5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.

*        Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
*        Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
*        Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i.        Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii.       Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii.      Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai,  jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv.      Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i.        Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii.       Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii.      Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Matla’ Badrain.
Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1,  terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan,  Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.



apa lagi jom ramai2 buat solat sunat gerhana bulan kejap lagi!! 

Saturday, December 26, 2009

Selamat Jalan Ya Akhi! Semoga kau terus menerima perlindungan dan rahmat NYA

Hari ni semua staff level 13,14,15 dikejutkan dengan berita gempar kepulangan Allayarham Muhammad Reza Zamhari. Allahyarham meniggal dunia dalam perjalanan ke masjid bersama bapa mertuanya untuk menunaikan solat subuh. Dalam usia yang begitu muda; 27 tahun dan beberapa hari lagi akan memasuki usia 28; Allahyarham terus meninggalkan kite pergi buat selamanya. Heart Attack adalah asbab kepada pemergian Allahyarham. Semoga kite berjumpa di sana.. Selamat Jalan Ya Akhi! Aku mendoakan ALLAH terus melimpahkan rahmat dan ditempatkan kau di kalangan orang-orang yang beriman di sana..AL- FATIHAH

pic from Reza Zamhari's FB

Tuesday, October 13, 2009

Tazkirah: Imam Al Ghazali

Imam Al-Ghazali berkata “Kawan dibahagikan kepada 3:

1. Kawan yang pertama “ kawan yang ada ilmu. Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2. Kawan yang kedua “ dia tidak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasit kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3. Kawan yang ketiga “ dia tidak ada ilmu. Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi. Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t


Nabi s.aw. bersabda “seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.”

Kesimpulan hadis: -

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.

Oleh itu, ambillah iktibar, dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini.


(jadi kite kat mana...group 1 ke, group 2 ke..group 3 ker...atau langsung takde group??...kalu takde ground bleh la carik kat memana group yang msih kurang ahli halaqah nyer...)


credit to: http://salamtazkirah.blogdrive.com/archive/5.html


Selamat malam kawan!


Archive file: August 2009, 24 062400hrs

Sunday, September 13, 2009

Budaya kebersihan dalam kehidupan (dr sahabat)

link asal: http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/26/budaya-kebersihan-dalam-kehidupan/

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

MENJAGA kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni selain menjadi manifestasi keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum.

Dalam konteks kebersihan diri, bukan hanya setakat kebersihan luaran, tetapi merangkumi kebersihan hati nurani daripada kekufuran dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa termasuk perbuatan mensyirikkan Allah.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah mengabdikan diri kepadaNya dengan mengerjakan segala perkara selagi tidak bercanggah dan mendatangkan kemudaratan. Allah menyukai hamba-Nya yang sentiasa menyucikan diri.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Membudayakan amalan kebersihan, bermakna kita sentiasa mengambil berat aspek kebersihan dan memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan.

Mengabaikan kebersihan bermakna kita dengan sengaja mengundang pelbagai penyakit seperti kolera, cirit-birit, denggi dan keracunan makanan.

Untuk melahirkan persekitaran hidup yang bersih dan sentiasa kelihatan menarik, perkara berikut perlulah kita hayati bersama:

  • Kita hendaklah mempertingkatkan kesedaran terhadap kebersihan diri, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam sebagai cermin kemurnian ajaran Islam yang mengutamakan kebersihan dalam semua bidang kehidupan.
  • Setiap individu daripada semua kalangan sama-sama memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata tempat.
  • Kita sama-sama mendisiplinkan diri bagi menjaga imej Islam yang mementingkan kebersihan dengan melahirkan persekitaran yang sejahtera dan selesa.
  • Mempertingkatkan amalan tegur-menegur dan nasihat-menasihati sesama kita dalam hal menjaga kebersihan. Dengan demikian, ia akan melahirkan perasaan cinta kepada kebersihan dan benci kepada kekotoran, di samping memastikan tidak merebak penyakit berjangkit.

Kebersihan itu melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah. Suatu amalan lain yang pada masa sama akan berlaku ketika sama-sama menjaga kebersihan di persekitaran ialah semangat gotong-royong yang menjadi lambang kesepakatan.

Usah mengharapkan pihak berkuasa tempatan atau pihak tertentu melakukannya kerana sebagai pengguna dan warganegara yang baik kita juga perlu memainkan peranan membudayakan kebersihan dalam kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah Al-Maa’idah, ayat 2)

Langkah kerajaan menganjurkan kempen kebersihan turut memberi ruang kepada semua pihak membantu kebersihan dan keselesaan di persekitaran hidup kita.

Amat rugi jika kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk sama berbakti di samping mengharapkan ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

Umat Islam dituntut menjaga kebersihan (dr sahabat)

link asal:http://www.geocities.com/zek_my/news2/ut501.html

Umat Islam dituntut menjaga kebersihan


KEBERSIHAN adalah sebahagian keperluan dalam mengendalikan kehidupan dan dituntut oleh Islam untuk diamalkan secara berkekalan oleh umatnya. Malah lebih penting daripada itu, kebersihan mempunyai hubungan rapat dengan iman dan penyebab Allah kasih. Apabila Allah kasih, mudah saja diberikan-Nya taufik dan bimbingan ke arah jalan kebaikan dan keselamatan.

Firman Allah bermaksud: “...Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).

Berdasarkan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubungan dirinya seperti rumah tangga, halaman rumah, kenderaan dan tempat kerja.

Orang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat selayaknya.

Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).

Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, luar dan di pekarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang peribadi seseorang.

Jika diri, rumah atau perkara yang ada hubungan dengan seseorang itu kelihatan tidak bersih, comot, busuk dan tidak teratur, ia secara tidak langsung menandakan diri dan jiwanya juga tidak bersih, comot dan tidak teratur. Dengan kata lain, tidak berakhlak atau berdisiplin.

Pada pandangan Islam, menjaga kebersihan, setidak-tidaknya akan membabitkan menjaga kebersihan diri, pakaian, tubuh badan, dalam dan luar rumah.

Apa yang dikatakan menjaga kebersihan diri ialah seperti bersih daripada hadas besar. Ini kerana ada keterangan bahawa Allah mengutuk orang yang tidak mandi hadas besar.

Orang yang tidak membersihkan dirinya selepas berjunub (berhadas besar), pada akhirat nanti Allah akan dipakaikan padanya dengan pakaian api neraka.

Imam Al Ghazali menceritakan suatu kisah: “Ada seorang bermimpi bertemu seorang yang sudah mati. Ketika hidupnya dia pernah tidak mandi hadas.

“Ketika ditanya kepadanya: “Bagaimana hal keadaan mu sekarang?” Jawab orang itu: “Aku kini diseksa dengan diberi pakai dengan pakaian daripada api neraka, kerana ketika hidup dulu aku pernah tidak mandi hadas.”

Dalam suatu kisah lain, diriwayatkan oleh Aban bin Abdullah Al Bajali, katanya: “Ketika jiran saya mati, kami semua menguruskan mayatnya hingga ke kubur. Ketika dimasukkan ke dalam lubang kubur, tiba-tiba datang seekor binatang sebesar kucing. Apabila dihalau, tidak juga binatang itu mahu lari. Sehingga terpaksa dipindah ke kubur lain. Selepas dimasukkan, binatang seperti itu juga ada.

“Selepas dihalau dan dipukul tidak juga dia lari, maka kami membuat keputusan terus mengambus mayatnya. Selepas selesai menimbus, kami dengar suara seperti tulang-tulang si mayat itu dipatahkan-patahkan oleh binatang itu.

“Kami pun pergi bertanya kepada isteri si mati itu mengenai keadaannya ketika hidup. Jawab isterinya: Kebiasaannya, ia jarang mandi hadas besar.”

Dalam suatu riwayat lain disebutkan juga bahawa malaikat lari daripada orang yang tidak mandi hadas besar. Daripada Ibnu Abbas, katanya: “Sesungguhnya malaikat tidak menghampiri orang yang tidak mandi hadas besar... sehingga dia mandi”. (Riwayat At Tabrani).

Berpakaian bersih menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada pandangan orang lain, sama ada zahir (pakaiannya) dan akhlaknya. Ketika hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, tidaklah wajar seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau busuk.

Nabi Muhammad saw amat mengambil berat soal kebersihan berpakaian, sehingga baginda dilihat menjadi seorang sentiasa kemas dan bergaya. Sahabat Ibnu Hanzaliah berkata, bahawa Nabi saw pernah bersabda kepada sahabat dalam perjalanan bertemu saudara mereka. Sabdanya bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan datang (menemui) saudara kamu, oleh itu perbaikilah ar rihal (alat kelengkapan kenderaan yang diguna ketika menunggang kuda) dan baguslah semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di kalangan manusia.

“Ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada busuk dan sangat buruk.” (Riwayat Abu Daud dan Al Hakim).

Begitulah antara pesanan Rasulullah saw kepada orang yang hendak berhadapan dengan masyarakat supaya berpakaian menarik dan berbau wangi, supaya menyenang hati dan menyedapkan mata memandang.

Pakaian dan badan boleh berbau busuk sama ada kerana tidak berbasuh atau tidak mandi. Justeru, Islam menganjurkan supaya sentiasa mandi pada waktu tertentu, mengenakan bauan sesuai, di samping membersih pakaian. Maka Allah memerintahkan Nabi saw membersihkan pakaiannya.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang berselimut, bangun dan berilah peringatan. Dan Tuhanmu hendak kamu agungkan. Dan pakaian kamu hendaklah kamu bersihkan...”(Surah al-Mudassir, ayat 1-4).

Sebuah hadis daripada Jabar, katanya, bahawa Nabi saw pernah datang kepada tujuan berziarah. Tiba-tiba baginda saw ternampak seorang lelaki berpakaian kotor, lalu baginda saw bersabda: “Tidakkah orang itu mempunyai sesuatu untuk membasuh pakaiannya yang kotor itu?” (Riwayat Ahmad dan An Nasa’ie).

Firman Allah bermaksud: “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah, setiap kali kamu hendak ke masjid...” (Surah al-A’raaf, ayat 31).

Dalam ayat di atas, Allah menyeru supaya memakai pakaian indah dan cantik ketika ke masjid. Sebabnya ketika ke masjid kita akan bertemu dan berhadapan dengan masyarakat, tentu sekali dalam keadaan menarik, bukan menjijikkan.

Di samping berpakaian cantik dan bersih, baginda saw menganjurkan mengenakan bau-bauan wangi. Ini kerana Rasulullah saw seorang yang amat mementingkan bau-bauan.

Annas bin Malik berkata: “Aku tidak pernah tercium bau yang amat harum semerbak bak kasturi, bahkan tidak ada yang harum lebih daripada itu, kecuali bau Rasulullah saw.” (Riwayat Muslim).

Badan kita boleh berbau busuk kalau tidak mandi. Oleh sebab itu, mandi (selain mandi hadas besar) menjadi hak badan kita. Siapa yang tidak mandi seminggu bererti tidak memenuhi hak tubuh badannya. Islam meletakkan sunat mandi pada setiap kali hendak bersolat lima waktu.

Lebih jauh daripada itu, kita dituntut untuk menjaga kebersihan dalam dan luar rumah.

Di samping menjadi sesuatu yang dituntut oleh Islam, kebersihan mencerminkan perwatakan individu itu sendiri. Adakah individu itu sendiri, adakah dia seorang yang amat prihatin dalam soal kebersihan atau sebaliknya.

Menjaga kebersihan dalam rumah, misalnya, sepatutnya sentiasa bersih daripada sampah sarap atau sawang-sawang sama ada di bilik tidur, dapur, bilik tetamu, bilik air, tingkap, pintu, langsir atau siling.

Bilik tidur adalah bilik utama. Ia lambang kebahagiaan dan kasih sayang suami isteri. Jika bilik tidur tidak kemas, bersepah dengan bantal, cadar dan kain selimut tidak berlipat, berlonggok sana-sini, sampah-sarap tidak disapu, maka melambangkan peribadi dan hubungan hati di antara suami isteri sudah tidak ada kasih sayang dan kebahagiaan.

Ruang dapur bukan saja perlu sentiasa bersih, malah disusun kemas, supaya tidak mudah mengundang bahaya terutama kepada anak-anak.

Ada kajian menunjukkan bahawa antara tempat yang mudah terdedah kepada bahaya ialah bahagian atau ruang dapur.

Ruang tamu turut menjadi bahagian penting dalam sesebuah rumah. Ini kerana bahagian ruang tamu menjadi pemerhatian pertama dan awal apabila ada tetamu yang datang.

Justeru ruang tamu perlu sentiasa dalam keadaan teratur dan kemas. Ini kerana tetamu yang datang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

Kebersihan luar rumah perlu dijaga kebersihan sewajarnya. Rumput-rampai di halaman dan sekeliling rumah, dinding luar, longkang dan saliran air, semuanya perlu dibersihkan.

Bagi rumah orang Islam, semua yang disebut di atas, perlu dijaga dan dibersihkan. Cuma rumah orang Yahudi yang dibiarkan kotor.

Perkara ini disebutkan dalam hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “...bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).

Hadis di atas menjelaskan bahawa sifat rumah orang Yahudi kotor dengan sampah- sarap dan najis binatang di hadapan tangga dan di pekarangan rumah mereka.

Oleh itu, apabila kita menyapu dan membuang sampah- sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah. Selepas itu dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan di merata-rata sehingga mengganggu orang lain.

Jalan masuk ke rumah juga perlu dibersihkan. Islam menggariskan, bahawa membersihkan jalan laluan awam adalah sama pahala dengan orang beribadah solat.

Sebaliknya mengotor dan membiarkan sesuatu yang menunggu di jalanan dikutuk oleh Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Memukul orang yang lemah ke tempat solat sama pahalanya seperti bersolat. Membuang gangguan, seperti duri dan najis dari jalan adalah sama pahalanya seperti bersolat.” (Riwayat Khuzaimah)

Hadis itu menunjukkan, bahawa amalan membuang dan membersihkan gangguan di jalan seperti sampah-sarap, duri dan kaca dikira ibadah dan nilai pahalanya sama dengan solat.

Sementara membiar atau meletakkan kotoran dan apa juga benda yang mengganggu jalan adalah dikutuk oleh Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud: “Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu pejalan, maka Allah mengutuknya.” (Riwayat Ar Tabrani).

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut: “Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya.”

Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda: “Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Khatib Al Baghdadi meriwayatkan; “Sesungguhnya Islam itu bersih. Oleh itu, jagalah kebersihan, tidak ada yang masuk syurga melainkan orang yang bersih”.

Sesungguhnya soal kebersihan bukan saja ada hubungan dengan iman, bahkan menentukan kedudukan kita pada akhirat, sama ada dalam syurga atau neraka.

Jika menurut Khatib Al Baghadadi bahawa orang yang hanya masuk ke dalam syurga ialah orang yang menjaga kebersihan, maka tentu yang pengotor akan masuk neraka.

Begitulah gambaran betapa pentingnya menjaga kebersihan menurut apa yang dianjurkan oleh Islam. Hingga menjelaskan kepada kita bahawa menjaga kebersihan menjadi sesuatu yang sangat dituntut oleh Islam.

Wednesday, September 2, 2009

Tarawikh dan kemanisannya

Masya Allah.. dah berapa byk ari kite sume berjaye melalui hari-hari dlm bulan Ramadhan. Alhamdulillah, cuaca kat Kuala Lumpur pon agak memahami dengan kedatangan bulan baraqah ni.. cuaca pagi atau petang pasti akan hujan dengan lebat.. sekurang-kurangnya mengurangkan rasa lesu dan sejuk memberikan kelegaan kepada kite semua..



Kalau kat bazar Ramadhan dah macam pesta makanan Malaysia.. apa je tergerak dlm pale otak, surely ada kat pasar Ramadhan.. kalu tak kat tpt A mesti ada kat tpt B atau C.. macam tu la senangnya nak carik makanan dlm bulan rahmat ni..

Waktu berbuka puasa pulak, masya ALLAH.. bagi orang-orang bujang macam aku ni.. kalu nak amek jalan mudah dah bleh buat satu list utk berbuka di mana... Setiap masjid tak kire la besa ke kecik ker.. kompom sediakan juadah berbuka puasa..

Masjid-masjid terhias indah dengan lampu warna warni menggamit semua jemaah utk turut serta buat solat isya' berjemaah + BONOS setahun sekali iaitu....TARAWIKH..

anak-anak kecik pon ada kat masjid untuk rebut peluang setahun sekalik ni..


Cuba ko bg tau aku, selain bulan Ramadhan, bulan mana lagi ada buat solat tarawikh???? takda punye... one and only RAMADHAN je la je yang offer solat ni... bulan-bulan lain mana ada..



Sepanjang bulan "BONUS BERGANDA" ni..manusia semua akan bekejar-kejar nak buat sebanyak mana kebaikan, kebajikan kepada manusia lain... masya ALLAH.. indah nya kau RAMADHAN......bulan segala keindahan!



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta keduaibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawihterus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitabTaurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di BaitulMa’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalammenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telahdikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya sepertiNabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan diakhirat.


Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.


Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dankeburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiadamenyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannyasupaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dandimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahalaNabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkaudan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid danorang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan(tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurgadaripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (eloksekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar.





Special offer ALLAH kasi pada kite sekalian manusia.. Ini pon ada yang mengabaikan.. adoooooii..nangis aku laa..

Tanye kat diri kite sendiri..:: "Tahun depan sempat lagi ke nak berpuasa, beribadah dlm bulan RAMADHAN????"





Jawap la sendiri...





Aku agak sedeh + terkilan tgk orang-orang yang rapat dengan diri aku, yang ada sekeliling aku terlupa yang sekarang ni adalah RAMADHAN.. ke nak buat big banner and put in kat public area bg tau yang "NOW U ARE ENTERING RAMADHAN ZONE.. " addddooohh.. tapi banner aku rase dah byk.. kenapa manusia - manusia ni masih buat tak tau jeee... ntahhh

Bayangkan la betapa sayangnya ALLAH kat kite semua ni.. ALLAH sayang sungguh kat kite, tapi kite tak penah nak tunjuk yang kite ni SAYANG SANGAT KAT ALLAH..

Kenapa kite asik nak menafikan hak-hak ALLAH???
Kenapa kite asik nak mendustakan ALLAH???
Kenapa kite tak penah nak membalas kasih sayang ALLAH??
Kenapa kite tak penah nak mengucapkan syukur pada ALLAH??



Dalam bulan RAMADHAN ni, ALLAH pinjam kan kekuatan diri pada kite untuk berpuasa.. dihilangkan rasa lapar, dipadamkan rasa dahaga.. diberikan amat-amat sikit rasa lesu.. sikit sgt..

Petang hari, diberikan kekuatan untuk kite berjalan mencari makanan utk berbuka..
Diberikan kemampuan mempunyai duit untuk membayar apa yang diinginkan..
Makanan, duit, tenaga, kenderaan, penglihatan... ni semua pinjaman ALLAH pada kite yang lemah ni... pinjaman tanpa bayaran semula ni adalah tanda KASIH SAYANG ALLAH pada kite.. tapi kenapa kite dustakan nikmat-nikmatNYA????



KENAPAAAAAAAAAAAAAAAAA????



Lepas kenyang berbuka... solat maghrib..
Macam mana di buat??
Tp aku kena ucap syukur la, at least di buat juga.. tapi kenapa tak nak buat berjemaah..lebih afdal... masya allah...





Tarawikh?? susah sekali nak gerak keluar dr rumah, susah sangat nak meninggalkan kerusi tempat makan untuk bersama jemaah lain mendirikan TARAWIKH..
Tak rasa rugi kerr??
Kalu malas pon nak g tarawikh di masjid, buatlah bersendirian di rumah masing-masing..tapi semestinya "bonos" nya berkurangan laah..

Idup kite ni kalau majikan kasi majikan kasi sebulan atau 2bulan bonus mesti melompat marah... tapi dalam bulan RAMADHAN ni ALLAH offer berganda-ganda "bonus" kite je yang pemalas nak grab segala apa yang di janjikan...bengap! kenapa kite meletakan diri kite kepada golongan yang bodoh yang tak mau mengutip segala "BONUS" yang tak ternilai ni??? KENAPA????





TADDARUS... jauh sekali..
Kite lebih suka dok melepak kat kedai, melekap kat depan tv, tak pon tgk internet..main game drp duduk kejap, bace quran.. abeskan 1 juz setiap malam...
Aku sedih... semua berlaku depan mata..
Aku tegur pon tak jalan..
Tapi aku harap adik beradik aku yang disayangi tak akan mensia-siakan RAMADHAN yang datang hanya setahun sekali...




Tak ada yang lebih hebat selain drp tawaran bulan RAMADHAN.
Tak lama lagi kite sume akan masuk zone yang sgt2 bermakna.. 10 malam terakhir.. bersedia lah.. jom reramai cari LAILATUL QADAR yang telah ALLAH janji kan...

Yok! jgn ketinggalan..
Tahun depan belum tentu kite idop lagii...
[ingat ni adalah utk diriku yang hina lagi bodoh, dan ingat utk kawan2 yang lain yang aku sayangi]









credit to:

1. http://zaidatulabubakar.blogspot.com/
2. http://www.iluvislam.com/