Tuesday, October 13, 2009

Tazkirah: Imam Al Ghazali

Imam Al-Ghazali berkata “Kawan dibahagikan kepada 3:

1. Kawan yang pertama “ kawan yang ada ilmu. Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2. Kawan yang kedua “ dia tidak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasit kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3. Kawan yang ketiga “ dia tidak ada ilmu. Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi. Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t


Nabi s.aw. bersabda “seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.”

Kesimpulan hadis: -

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.

Oleh itu, ambillah iktibar, dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini.


(jadi kite kat mana...group 1 ke, group 2 ke..group 3 ker...atau langsung takde group??...kalu takde ground bleh la carik kat memana group yang msih kurang ahli halaqah nyer...)


credit to: http://salamtazkirah.blogdrive.com/archive/5.html


Selamat malam kawan!


Archive file: August 2009, 24 062400hrs

No comments:

Post a Comment