Wednesday, September 30, 2009

Ipoh my home town!!


Welcome back to Ipoh after 27year being away...
Round sampai nak muntah sekeliling Ipoh dan sempat la terjebak jap kat Jaya Jusco Ipoh.
Sebabkan takde hala tujuan dan objective masa masuk dlm JJ Ipoh, aku melepak dlm MPH lebey kurang 2jam.

Umah petama yang aku terjah ialah umah Hasfuan (15:00 hrs)

Umah kedua yang aku singgaj ialah umah Dayana (16:30 hrs)
Umah ketiga aku aku raya ialah umah Omah Krell (18:15 hrs)

Umah keempat yang berjaya aku sampai ialah umah mertua Adam (20:59 hrs)
Umah kelima yang aku gegarkan ialah umah Jai (23:00 hrs)
dan
Umah keenam (terakhir) yang aku santaikan badan ni ialah umah Tes (00:01 hrs)

Semua umah yang aku dtg singgah utk program Jalan2 Raya tahun ni ala2 dah berpakat utk kasi aku makan menda yang sama; Laksa Perak (am I right??)
Special food mmg ada kat dlm setiap umah~
Umah Hasfuan - kuih raya cokelat yang best
Umah Dayana - mee hoon goreng yang disediakan dengan rapi oleh Dayana sendirik
Umah Krell - kepok2 raya yang menarik utk di kunyah
Umah Mertua Adam - spring roll yang panas dan meletops
Umah Jai - Steam boat yang melambak2 , sambal yang enak di siapkan oleh Sarah
Umah Tes - Katil tido yang empok!!

Tak cukup ngan tu.. sebab kan perangai kegigaman KOMA terbawak sekali ke Ipoh walaupon dengan ketiadaan TEAM GIGAM KOMA; adalah 2-3 tpt yang dipikirkan sesuai dan menarik utk mem"posing"kan diri telah dijadikan fokus lensa..antaranya adalah::
a) Istana Fatama (KC)
b) Deretan kedai buruk kat exit simpang pulai
c) Gerai kat Lumut

Sebabkan ni musim perayaan, kete gerak slow giler..tak penah dlm rekod pemanduan aku; 100km/h..perrrghh..slow ni beb!!


Melepak masa pegi dan balik: Hentian Tapah ; lagi satu hentian tak dpt diingat..

Monday, September 28, 2009

Raya di kendong without Pak Teh


Tahun ni raya without Pak Teh asom..sob..sob..sob...
Beza sket sbb kalu dulu2, pagi raya mak n ayah aku akan membunyikan siren nye...disebabkan semua anak2 nya tido mampos..siren tu ala2 tak lut nak masuk dlm telinga. Pak Teh ni ler akan dtg, goyang2 kan badan anak2 buah nya yang dah ter"off" lama utk bangun dr tido, amek no giliran masuk bilik air..

Tahun ni along ngan angah memasing balik umah mertua kat Kuala Terengganu dan Kedah. Tinggal lah 4 orang anak haji Bakar dan hajah Timah. Memeriahkan suasana pagi raya, Pak Busu n Mak Busu the happening family + Pak Cik Aim beraya di Lot 2474 gak...

Tahun ni sesi fotografi pagi raya di ubah lokasi.. sbb kegigaman aku dan dibantu proksi aku; Faiz. Faiz hangkot bangku panjang IKEA wane cokelat terus ke bawah pokok belakang umah. Diletakan kat bawah pokok teduhan indonesia (payung indonesia).~ Lokasi angah posing masa amek gamba kawen!!!

Memasing mmg best.. amek few pics. Best! Tak cukup ngan tu, bangku cokelat dihangkut kat bawah pokok kelapa rendah depan pintu ke kandang kambing agrofarm kendong.

Sekali lagi bergigam.. best..

Kat bawah ni ala2 tragedi2 yang berjaya dirakam kan oleh Kendong Family:~

8.00am : Bersiap semayang sunat Aidilfitri (bobot ponteng)
9.45am : Breakfast pagi Aidilfitri
10.15am : Sesi mintak mahap kat sume yang ada...
10.30am : Sesi fotografi Kendong the Vouge 2009
11.00am : Lawatan sambil bace yassin kat kubur atok dan nenek terchenta
11.45am : Serang uamh Pak Long Din kat Simpang Empat. Masa kat umah Pak Long sempat ler mengusik2 alat musik antik....
12.30noon : Singgah umah Pak Ngah
1.00 pm : Menuju ke Umah Pak Lang kat Ayer Keroh
2.30pm : Balik ke Kendong, Busu Family balik ke Sayong
3.15pm : Cari CD kat belakang KFC Tampin...(RM 70)
4.00pm : Tgk CD sambil tido




Sabtu 26 Sept 2009 [Kenduri Aqiqah + Doa Selamat + Kenduri Kesyukuran]

Adam Haris

Aqiqah ni buat utk adam haris
Kenduri kesyukuran utk Emak, dan seluruh keluarga aku dengan rezeki yang ALLAH kurniakan
Kenduri doa selamat utk bobot yang nak g Mesir utk sambung blaja..nak jd doktor katanya nie..


credit to: Ayah, Emak, Pak Busu, Pak Cik, Mak Busu, Along, Kak Ina, Angah, Abg Fit, Poji, Paiz, Dibah, Shafiq, Ila, Siddiq, Taufiq, Balqish, Inacik

Sunday, September 20, 2009

Raya Lagi

selamat ari raya kat family aku ler dolu!!
Dak2 KOMA yang selalu koma tak sedar diri bila buat outdoor xtvt, bila get together... slamat ari raya gok!!!!!

jgn lupa dtg umah kg aku yang meletop dan diva kat melaka niii!! Kenduri adik aku; BOBOT n anak buah aku yang chomel; ADAM HARIS.... (kenduri doa selamat+kenduri aqiqah) 2 in 1..yezzzaa

kambing golek yang akan bergolek2 lepas disembelih -->terbaek dr ladang bapak aku utk dihidangkan pada semua!!! yezzzaa!!!


Selamat ari raya kalu terlazer ker, ter"propa" ker, termaki dgn sengaja ker..ter mengumpat dgn niat ker, termakan minum gheta menda dengan niat atau tidak..yeaaaahhh

utk housemate aku yang hampeh dan tak boleh bla.. mintak mahap yer tp gua tak abeh lagi nak wat session 1to1 ngan kowang utk aku ajar kowang cara2 menggunakan tong sampah, plastic sampah, penyapu, sofa, dan tpt mengampai baju....tunggu yer!!!

selamat hari raya!!!

Friday, September 18, 2009

sorry dear!

Post ni to say sorry!!

wooossssuuppp..mahap yer buat anda menunggu ntah berapa lama kat guard house rumah saya arini.. saya bebetol keletihan. Tetido dan tak sedar pon hp saya bunyi. Msg masuk pon saya tak sedar!

So sorrrrry!

Pertama kali sebagai seorang MUSLIM

Ramadhan pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Bersahur pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Berpuasa pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Beriftar pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Bertarawikh pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Bertaddarus pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Berjaga malam mencari LAILATUQAD' pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Berqiamulail pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Bermunajat pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Berzakat fitrah pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Menerima zakat pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Menitiskan air mata keinsafan pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Menangis seorang diri dihujung RAMADHA pertama kali sebagai seorang MUSLIM
Menyambut kedatangan SYAWAL pertama kali sebagai seorang MUSLIM

Berbahagialah sahabatku AIMAN HAKIMI WONG ABDULLAH dalam syahadah yang benar, menyambut AIDILFITRI penuh ketenangan. Keyajaan telah bersama mu bersama akhi Jai + akhi Fariz yang terus dan terus membimbingmu tanpa jemu.
Berterima kasihlah pada Abi Amyn yang terus memberikan kekuatan pada mu.

Semoga Syawal terus memberikan kebahagian kepada mu..

salam aidilfitri AIMAN HAKIMI WONG ABDULLAH..inilah bukti kasih sayang ALLAH kepada mu

Sunday, September 13, 2009

Budaya kebersihan dalam kehidupan (dr sahabat)

link asal: http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/26/budaya-kebersihan-dalam-kehidupan/

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

MENJAGA kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni selain menjadi manifestasi keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum.

Dalam konteks kebersihan diri, bukan hanya setakat kebersihan luaran, tetapi merangkumi kebersihan hati nurani daripada kekufuran dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa termasuk perbuatan mensyirikkan Allah.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah mengabdikan diri kepadaNya dengan mengerjakan segala perkara selagi tidak bercanggah dan mendatangkan kemudaratan. Allah menyukai hamba-Nya yang sentiasa menyucikan diri.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Membudayakan amalan kebersihan, bermakna kita sentiasa mengambil berat aspek kebersihan dan memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan.

Mengabaikan kebersihan bermakna kita dengan sengaja mengundang pelbagai penyakit seperti kolera, cirit-birit, denggi dan keracunan makanan.

Untuk melahirkan persekitaran hidup yang bersih dan sentiasa kelihatan menarik, perkara berikut perlulah kita hayati bersama:

  • Kita hendaklah mempertingkatkan kesedaran terhadap kebersihan diri, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam sebagai cermin kemurnian ajaran Islam yang mengutamakan kebersihan dalam semua bidang kehidupan.
  • Setiap individu daripada semua kalangan sama-sama memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata tempat.
  • Kita sama-sama mendisiplinkan diri bagi menjaga imej Islam yang mementingkan kebersihan dengan melahirkan persekitaran yang sejahtera dan selesa.
  • Mempertingkatkan amalan tegur-menegur dan nasihat-menasihati sesama kita dalam hal menjaga kebersihan. Dengan demikian, ia akan melahirkan perasaan cinta kepada kebersihan dan benci kepada kekotoran, di samping memastikan tidak merebak penyakit berjangkit.

Kebersihan itu melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah. Suatu amalan lain yang pada masa sama akan berlaku ketika sama-sama menjaga kebersihan di persekitaran ialah semangat gotong-royong yang menjadi lambang kesepakatan.

Usah mengharapkan pihak berkuasa tempatan atau pihak tertentu melakukannya kerana sebagai pengguna dan warganegara yang baik kita juga perlu memainkan peranan membudayakan kebersihan dalam kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah Al-Maa’idah, ayat 2)

Langkah kerajaan menganjurkan kempen kebersihan turut memberi ruang kepada semua pihak membantu kebersihan dan keselesaan di persekitaran hidup kita.

Amat rugi jika kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk sama berbakti di samping mengharapkan ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

Umat Islam dituntut menjaga kebersihan (dr sahabat)

link asal:http://www.geocities.com/zek_my/news2/ut501.html

Umat Islam dituntut menjaga kebersihan


KEBERSIHAN adalah sebahagian keperluan dalam mengendalikan kehidupan dan dituntut oleh Islam untuk diamalkan secara berkekalan oleh umatnya. Malah lebih penting daripada itu, kebersihan mempunyai hubungan rapat dengan iman dan penyebab Allah kasih. Apabila Allah kasih, mudah saja diberikan-Nya taufik dan bimbingan ke arah jalan kebaikan dan keselamatan.

Firman Allah bermaksud: “...Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).

Berdasarkan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubungan dirinya seperti rumah tangga, halaman rumah, kenderaan dan tempat kerja.

Orang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat selayaknya.

Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).

Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-wangian supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah, dalam bilik air, luar dan di pekarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang peribadi seseorang.

Jika diri, rumah atau perkara yang ada hubungan dengan seseorang itu kelihatan tidak bersih, comot, busuk dan tidak teratur, ia secara tidak langsung menandakan diri dan jiwanya juga tidak bersih, comot dan tidak teratur. Dengan kata lain, tidak berakhlak atau berdisiplin.

Pada pandangan Islam, menjaga kebersihan, setidak-tidaknya akan membabitkan menjaga kebersihan diri, pakaian, tubuh badan, dalam dan luar rumah.

Apa yang dikatakan menjaga kebersihan diri ialah seperti bersih daripada hadas besar. Ini kerana ada keterangan bahawa Allah mengutuk orang yang tidak mandi hadas besar.

Orang yang tidak membersihkan dirinya selepas berjunub (berhadas besar), pada akhirat nanti Allah akan dipakaikan padanya dengan pakaian api neraka.

Imam Al Ghazali menceritakan suatu kisah: “Ada seorang bermimpi bertemu seorang yang sudah mati. Ketika hidupnya dia pernah tidak mandi hadas.

“Ketika ditanya kepadanya: “Bagaimana hal keadaan mu sekarang?” Jawab orang itu: “Aku kini diseksa dengan diberi pakai dengan pakaian daripada api neraka, kerana ketika hidup dulu aku pernah tidak mandi hadas.”

Dalam suatu kisah lain, diriwayatkan oleh Aban bin Abdullah Al Bajali, katanya: “Ketika jiran saya mati, kami semua menguruskan mayatnya hingga ke kubur. Ketika dimasukkan ke dalam lubang kubur, tiba-tiba datang seekor binatang sebesar kucing. Apabila dihalau, tidak juga binatang itu mahu lari. Sehingga terpaksa dipindah ke kubur lain. Selepas dimasukkan, binatang seperti itu juga ada.

“Selepas dihalau dan dipukul tidak juga dia lari, maka kami membuat keputusan terus mengambus mayatnya. Selepas selesai menimbus, kami dengar suara seperti tulang-tulang si mayat itu dipatahkan-patahkan oleh binatang itu.

“Kami pun pergi bertanya kepada isteri si mati itu mengenai keadaannya ketika hidup. Jawab isterinya: Kebiasaannya, ia jarang mandi hadas besar.”

Dalam suatu riwayat lain disebutkan juga bahawa malaikat lari daripada orang yang tidak mandi hadas besar. Daripada Ibnu Abbas, katanya: “Sesungguhnya malaikat tidak menghampiri orang yang tidak mandi hadas besar... sehingga dia mandi”. (Riwayat At Tabrani).

Berpakaian bersih menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan menarik pada pandangan orang lain, sama ada zahir (pakaiannya) dan akhlaknya. Ketika hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, tidaklah wajar seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau busuk.

Nabi Muhammad saw amat mengambil berat soal kebersihan berpakaian, sehingga baginda dilihat menjadi seorang sentiasa kemas dan bergaya. Sahabat Ibnu Hanzaliah berkata, bahawa Nabi saw pernah bersabda kepada sahabat dalam perjalanan bertemu saudara mereka. Sabdanya bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan datang (menemui) saudara kamu, oleh itu perbaikilah ar rihal (alat kelengkapan kenderaan yang diguna ketika menunggang kuda) dan baguslah semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di kalangan manusia.

“Ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada busuk dan sangat buruk.” (Riwayat Abu Daud dan Al Hakim).

Begitulah antara pesanan Rasulullah saw kepada orang yang hendak berhadapan dengan masyarakat supaya berpakaian menarik dan berbau wangi, supaya menyenang hati dan menyedapkan mata memandang.

Pakaian dan badan boleh berbau busuk sama ada kerana tidak berbasuh atau tidak mandi. Justeru, Islam menganjurkan supaya sentiasa mandi pada waktu tertentu, mengenakan bauan sesuai, di samping membersih pakaian. Maka Allah memerintahkan Nabi saw membersihkan pakaiannya.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang berselimut, bangun dan berilah peringatan. Dan Tuhanmu hendak kamu agungkan. Dan pakaian kamu hendaklah kamu bersihkan...”(Surah al-Mudassir, ayat 1-4).

Sebuah hadis daripada Jabar, katanya, bahawa Nabi saw pernah datang kepada tujuan berziarah. Tiba-tiba baginda saw ternampak seorang lelaki berpakaian kotor, lalu baginda saw bersabda: “Tidakkah orang itu mempunyai sesuatu untuk membasuh pakaiannya yang kotor itu?” (Riwayat Ahmad dan An Nasa’ie).

Firman Allah bermaksud: “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah, setiap kali kamu hendak ke masjid...” (Surah al-A’raaf, ayat 31).

Dalam ayat di atas, Allah menyeru supaya memakai pakaian indah dan cantik ketika ke masjid. Sebabnya ketika ke masjid kita akan bertemu dan berhadapan dengan masyarakat, tentu sekali dalam keadaan menarik, bukan menjijikkan.

Di samping berpakaian cantik dan bersih, baginda saw menganjurkan mengenakan bau-bauan wangi. Ini kerana Rasulullah saw seorang yang amat mementingkan bau-bauan.

Annas bin Malik berkata: “Aku tidak pernah tercium bau yang amat harum semerbak bak kasturi, bahkan tidak ada yang harum lebih daripada itu, kecuali bau Rasulullah saw.” (Riwayat Muslim).

Badan kita boleh berbau busuk kalau tidak mandi. Oleh sebab itu, mandi (selain mandi hadas besar) menjadi hak badan kita. Siapa yang tidak mandi seminggu bererti tidak memenuhi hak tubuh badannya. Islam meletakkan sunat mandi pada setiap kali hendak bersolat lima waktu.

Lebih jauh daripada itu, kita dituntut untuk menjaga kebersihan dalam dan luar rumah.

Di samping menjadi sesuatu yang dituntut oleh Islam, kebersihan mencerminkan perwatakan individu itu sendiri. Adakah individu itu sendiri, adakah dia seorang yang amat prihatin dalam soal kebersihan atau sebaliknya.

Menjaga kebersihan dalam rumah, misalnya, sepatutnya sentiasa bersih daripada sampah sarap atau sawang-sawang sama ada di bilik tidur, dapur, bilik tetamu, bilik air, tingkap, pintu, langsir atau siling.

Bilik tidur adalah bilik utama. Ia lambang kebahagiaan dan kasih sayang suami isteri. Jika bilik tidur tidak kemas, bersepah dengan bantal, cadar dan kain selimut tidak berlipat, berlonggok sana-sini, sampah-sarap tidak disapu, maka melambangkan peribadi dan hubungan hati di antara suami isteri sudah tidak ada kasih sayang dan kebahagiaan.

Ruang dapur bukan saja perlu sentiasa bersih, malah disusun kemas, supaya tidak mudah mengundang bahaya terutama kepada anak-anak.

Ada kajian menunjukkan bahawa antara tempat yang mudah terdedah kepada bahaya ialah bahagian atau ruang dapur.

Ruang tamu turut menjadi bahagian penting dalam sesebuah rumah. Ini kerana bahagian ruang tamu menjadi pemerhatian pertama dan awal apabila ada tetamu yang datang.

Justeru ruang tamu perlu sentiasa dalam keadaan teratur dan kemas. Ini kerana tetamu yang datang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

Kebersihan luar rumah perlu dijaga kebersihan sewajarnya. Rumput-rampai di halaman dan sekeliling rumah, dinding luar, longkang dan saliran air, semuanya perlu dibersihkan.

Bagi rumah orang Islam, semua yang disebut di atas, perlu dijaga dan dibersihkan. Cuma rumah orang Yahudi yang dibiarkan kotor.

Perkara ini disebutkan dalam hadis. Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “...bersihkanlah halaman dan pekarangan rumah kamu daripada kotoran dan sampah- sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi.” (Riwayat At Tirmizi).

Hadis di atas menjelaskan bahawa sifat rumah orang Yahudi kotor dengan sampah- sarap dan najis binatang di hadapan tangga dan di pekarangan rumah mereka.

Oleh itu, apabila kita menyapu dan membuang sampah- sarap jangan dilonggok di hadapan rumah atau dibuang ke luar rumah, tetapi dimasukkan ke dalam tong sampah. Selepas itu dibuang di tempat pembuangan sampah khas. Bukan di merata-rata sehingga mengganggu orang lain.

Jalan masuk ke rumah juga perlu dibersihkan. Islam menggariskan, bahawa membersihkan jalan laluan awam adalah sama pahala dengan orang beribadah solat.

Sebaliknya mengotor dan membiarkan sesuatu yang menunggu di jalanan dikutuk oleh Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Memukul orang yang lemah ke tempat solat sama pahalanya seperti bersolat. Membuang gangguan, seperti duri dan najis dari jalan adalah sama pahalanya seperti bersolat.” (Riwayat Khuzaimah)

Hadis itu menunjukkan, bahawa amalan membuang dan membersihkan gangguan di jalan seperti sampah-sarap, duri dan kaca dikira ibadah dan nilai pahalanya sama dengan solat.

Sementara membiar atau meletakkan kotoran dan apa juga benda yang mengganggu jalan adalah dikutuk oleh Allah.

Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud: “Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu pejalan, maka Allah mengutuknya.” (Riwayat Ar Tabrani).

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut: “Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya.”

Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda: “Seutama-utama iman ialah mengucap syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Khatib Al Baghdadi meriwayatkan; “Sesungguhnya Islam itu bersih. Oleh itu, jagalah kebersihan, tidak ada yang masuk syurga melainkan orang yang bersih”.

Sesungguhnya soal kebersihan bukan saja ada hubungan dengan iman, bahkan menentukan kedudukan kita pada akhirat, sama ada dalam syurga atau neraka.

Jika menurut Khatib Al Baghadadi bahawa orang yang hanya masuk ke dalam syurga ialah orang yang menjaga kebersihan, maka tentu yang pengotor akan masuk neraka.

Begitulah gambaran betapa pentingnya menjaga kebersihan menurut apa yang dianjurkan oleh Islam. Hingga menjelaskan kepada kita bahawa menjaga kebersihan menjadi sesuatu yang sangat dituntut oleh Islam.

4 ekor monyet dalam umah aku!!!!

One word [B] [O] [D] [O] [H]

ni perkataan paling sesuai utk 4 ekor monyet yang dok dlm umah aku!

++ bangang sgt ker sampai nak kena ckp benda yang sama berulang-ulang kali????????

Kat dapor aku dah sedia kan tong sampah..TONG SAMPAH bukan bakul sampah.. aku dah belikan plastik sampah yang besar tu..

3 ari aku away dr umah sbb bapak sedara aku meniggal. aku stay umah mak sedara aku..
3 ari je aku takde, tong sampah tu dah penoh ngan sampah sarap 4 ekor monyet ni dan paling aku bengang dlm tong sampah ni tak di letakkan plastik sampah tuhhhh!!! apa ke bahgal sangat kepala otak monyet2 ni????

Plastik tu bukan jauh sangat..kat sebelah tong sampah tu je.. dlm laci dapor pon ada lagi plastik sampah.. kenapa bengap sangat kepala otak tu?? tak gheti2 nak amek plastik sampah tu and put it dlm tong sampah b4 kowang masuk kan sampah sarap+left over kowang tuuuuhhhh...

KOwang ingat mak bapak kowang+maid kowang dok dlm umah ni jugak ke...?? ingat mak bapak+maid kowang akan amek+pungut sampah sarap kowang ni ker??? bodoh la kowang niiii..

Kalu budak tadika aku tak kisah, ni sume dah tua, dah nak mampos pon tak gheti2 nak wat menda2 ni ker???

Hanya orang bangang+bodoh+tolol je akan buat kesilapan yang sama..again and again...

F*** U guys!! bodoh tahap cipan!

link:

haiissshh

Buat hal lagi..
Dengan ini aku mempostkan kepada sume insan kat luar sana...
AKU AKAN JOIN BORNEO RUN kat Kota Kinabalu, Sabah Oct ni.. turut serta ialah KY, AIman..

Tp Aiman pull out sbb keje.. so tinggal la aku (single half marathon runner KOMA) ngan KY (10KM KOMA Runner)...

Sekian dr bilik berita!

Saturday, September 12, 2009

PakTeh babai...

Rabu-090909-19.45hrs Pak Teh meninggal dunia kat Sepital Serdang.
Cukup 40 ari dok sepital, 48 taon idop..

Dimandi dan kafan kat sepital serdang. Di bawak balik ke BPS, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam BPS.

LUV u soooooooooooo much! Jumpa kat sana Pak Teh!


Al- Fatihah untuk Allahyarham Mohd Som b Abdullah...


Tuesday, September 8, 2009

deeeeeeeeeeeep naFaz


hoissshhh....

arini dah setat pening balik..

arrange kan keje2 yang aku pending kan..

mmg best..berjaye memeningkan kepala sendiri.



Paling tak ble bla; ayat boss aku;

"Not all of new exec macam kau.. "

"Apa aku nak jawab next cycle..??"

"Apa ko nak ckp bila org tnye nanti.."



Hoooooissh..sume ni setat serabut kan kepala otak

En. Ahmad Khairuddin tetibe muncul plak kat blakang aku pg ni..

Ayooo.. apa menda plak tokey besa ni nak dr aku..

"Firdaus, macam mana progress..ok kaaaa?"



Nasib aku dah siap kan sume table utk all pipe range.. kalu tak sekali lagi
KHUTBAH panjang aku kena..



Aku rase lah, dlm opis aku yang semua nya jantan ni...aku je satu2 nyer
manusia yang akan dpt KHUTBAH panjang.. paling panjang dr boss aku sendiri laa..



Esok apa jadi?? esok apa plak aku nak bikin..??

Wake up!! make up my mind awal2 malam ni.. set kan kepala aku ni dulu
seblom aku jumpa tokey2 besa kat opis..



En. AK penah sembang..; "masuk opis ni macam we enter a zoo...byk sgt
"binatang buas" yang menakot kan.."hurrghh...