Sunday, August 23, 2009

Aku x bleh jawap

Aku tak bleh jawap soklan nurse ni...nurse yang aku jumpa dlm bilik pak sedara aku; Hospital Serdang.

"saya keje rawat orang.. saya rasa keje saya ni byk buat pahala..dlm masa yang sama saya ada buat dose gak.. macam mana yer saya nak dekat kan diri pada DIA...???"

"macam mana saya nak jadi baik..??"

soalan maut ni yang confirm aku tak bleh nak jawap terhenti kat situ masa nurse ni tetibe termenung jauh...ntah apa yang di menungkan .. aku pon tak tau.

Nurse ni terus kuar.. sbb rasa2 macam ada orang nak masuk bilik ni.. dan soalan yang di tanyer tadi mmg aku langsung tak bleh nak jawap.... berat soklan ni.. susahhhh....


Nama nurse ni :: * * * * *


Sapa ada jawapan bleh la kasi aku dowhh.. sekurang2 nya aku pon dpt jwp soalan niiieh.. ada gak jawapan utk aku...

3 comments:

Naughty Adam said...

perghhh berat soklan ni... amalan yg kita lakukan kita sendiri tak tau statusnya sama ada ia diterima atau tidak kan... so pdgn sy agar kita sentiasa muhasabah diri dan sentiasa berusaha untuk melakukan yg terbaik di dlm setiap amalan harian kita terutama solat... sekadar pdgn dari sy.... tq!

Ash Burn said...

tengkiu adam..
akan ku print jwp mu ni dan ku pass kat akak yang tnye soklan maut ni kat aku...niteee

Anonymous said...

Assalamu'alaikum saudara,
Ada satu artikel yg saya temui... hope it helps(http://www.darulnuman.com/soal/urut51.html#505)

Allah SWT telah berjanji kepada hambaNya yang ingin bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya nescaya Allah akan mengampuninya walaupun ia telah banyak berbuat dosa.

Jadi jika anda benar-benar ikhlas ingin bertaubat fahamilah makna taubat itu sendiri serta ketahuilah syarat taubat itu adalah:
1)ikhlas ingin bertaubat,
2)meninggalkan segala dosa
3)menyesali atas dosa yang dilakukan
4)tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat dan 5)dikerjakan sebelum ajal tiba.

Banyakkan beristighfar serta banyak mengingat kematian agar diri kita tidak mudah terpengaruh dengan kenikmatan maksiat dan dosa yang hanya bersifat sementara ini.
Jika ajal telah tiba, maka akan musnahlah keinginan dan hasrat taubat kita tersebut, maka kita akan tergolong insan yang paling rugi di akhirat nanti.

Lawanlah keinginan hawa nafsu yang buruk itu dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mulia dan biasakan melakukan pekerjaan yang baik agar ia dapat menutupi kebiasaan yang buruk sekaligus menjadi tabiat dan keperibadian kita untuk masa akan datang.

Sekali lagi perlu diingat, ikhlaskan dalam hati bahawa kita benar-benar ingin bertaubat, bukan sekadar bersenda gurau dengan diri sendiri, kerana sifat ini sangat tercela dan menjerumuskan kita ke dalam api neraka.


Footnote: Peringatan untuk semua..

Post a Comment