Sunday, March 29, 2009

Welcome to the club!!

Ahad pagi yang sejuk, terus drive kete aku g Melawati
Ada 10km run. Aku, Adam, Ijol, Zana, Nurin, Huda + Kak Yus sibok2 nak berlari lagi arini..

Amie : Our Team Manager
Aiman : Takde, balik kg
Hasfuan: Pon takde; ada away day

Flag off 7.30, lari 10km, ada landai, ada bukit, ada trn bukit, ada landai lagi
Kaki aku plak buat hal, tapi Adam ckp, "Slow2 daus.. jgn push"

6km aku kat belakang, out, muscle out! Tonyen!!
Pagi ni agak membusankan, takde awek cun.. amoi ngan nyonya je ramai.. tak memberangsangkan.. ntah apa2 ntah..

57min catatan masa aku arini; 10km.. amat buruk!! Sungguh sengal!

We met new friend; Daud dr Wisma Pura; Putrajaya.. WELCOME TO THE CLUB BRO!!

Saturday, March 28, 2009

Get it!!

Browse and get a copy for you to kept it. Nice song, new generation, new faces, new, new, new, new for you!!!


OUTLANDISH

>>>>Saturday Morning<<<<

:aku sesat dulu
::MONT KIARA
:::MITCO FAMILY DAY
::::7.30am - 4pm
:::::PBU staffs are invited to be there
::::::Hot day, hot drink, hot food, hot chick!! wow!!!
:::::::Kids, Parents, Friends, Management Staff
::::::::aku bosan - aku balik - aku lepak kat umah - aku tgk tv

Friday, March 27, 2009

Aircond @ Kipas Biasa @ Kipas Tangan @ Angin yang asli

Haha.. kompeni mana yang tak bizi kan sekang ni temasuk la kompeni aku. Peeeweeetttt. Kat kompeni aku sekang ni sibuk la sume orang nak menyiapkan PPA memasing.. Memasing dengan sepenuh sedaya upaya memerah segala apa yang ada dlm otak utk dipenuhkan dlm PPA sendiri. Tanpa segan silu, aku nak cakap TAHNIAH la pada yang dpt PPA bagus (2 & 1).
Yang paling aku tak suka tgk, dan menyakit mata aku nak tgk.. (macam mana tak tgk kan,kalu manusia ni mmg selalu je aku nampak dia) BUDAYA KIPAS. Pergh, dah tua2 pon nak bodek boss... aku tak kisah sgt actually, tapi ala2 mual nak muntah la kalu aku nampak.. time2 ni la tetiba sit down ngan boss makan nasi lemak, time ni la nak g lunch ngan boss, time ni la nak tunjuk skill, ayooooii.. ni nama nya kipas baik dowh.. bukan takat kipas, ni dah guna aircond dollllll..
Nasihat aku kepada rerakan yang lain, tak payah anda mengamalkan cara hidup tak sihat ni kat opis.. nanti korang gak yang suffer later on. Kalu la esok, lupa ko dpt boss lain, macam mana kau nak sustain kan ko nyer result sedangkan ko bongok tak reti wat keje dlm area kau, tp buat2 berlagak tau jee...
So tak yah kipas, kalu betol rezeki kau, insya allah ko dpt beb!

Yasmin with her new idea

Apa niiiiiiiiii?? Yeahhh, she comes again!! Lama tunggu, dah ada pon akhirnya.. Jom reramai tgk citer nii..








Waktu Lunch Hari Jumaat

Ni aku dpt masa tazkirah pendek sebelum semayang Jemaat.. Biasa la, seblom setat khutbah, ada ustad mmg dtg kasi tazkirah..

So; pada zaman Rasullullah S.A.W dulu, 3x Baginda S.A.W menunjukkan kepada sahabat2 seorang pemuda yang dijamin syurga selama 3 hari berturut2.. Maka Saidina Umar Al Khattab pon pegi la menumpang tido di umah pemuda ni selama 3 malam untuk melihat apakah amalan pemuda ni sehingga Rasullullah menjamin beliau akan masuk syurga.

Saidina Umar tak dapat apa2, maka di tanya la kepada pemuda ini apakah amalan mu sehingga Rasullullah menjamin beliau akan memasuki syurga..

Jawab la si pemuda tu, maka setiap malam sebelum aku tido, aku akan lakukan 3 perkara ini...
1. Maafkan la sume orang
2. Jangan la rasa tamak yer.. , sombong...
3. Jangan la ada niat nak menipu orang pada hari esok

Wednesday, March 25, 2009

**Adam in video..**





2nd video deleted, requested by my sis; ANGAH Syikin. Sorry yeah!!

Eppy Birthday Adam


Adam Haris..


Ada 2 manusia lagi yang menyibuk blakang adam.. Pak Ndak + Mak Busu.. cibok jer dua tuu..


Cake Adam..best..yumyum

3, 2, 1..ACTION!

Senggang - senggang di ibu kota..



Monday, March 23, 2009

....zzzzzzzzzzz..

ok la, takde apa nak aku share.. kepala aku dah kering ngan idea2 utk aku kasi korang.. so aku nak merehatkan kepala. Esok kepala ni nak kena pakai ligat beb! so selamat malam MALAYSIA!!!

Jgan LUPA:
1) Basuh kaki dulu
2) Gosok gigi
3) Angkat wuqu'
4) Bace surah Al-Mulk
5) Baca Fatihah
6) Selawat
7) Amek selimut
8) Betul kan posisi bantal
9) Lelapkan mata perlahan2 dan bernafaz seperti biasa
10) Doa tido..(badan mengiring di atas lambung kiri yer...)


::N::I::T::E::

Start counting

10
9
8
7
6
5
4
3
2
1................kire, insya ALLAH bulan depan aku bleh kasi semula la.. Ni dah bulan April (lagi brape ari je nak masuk April kann..) By end of April or early of May, insya ALLAH ada la menda ni depan mata.. caiok..caiok..caiok!!!

Sunday, March 22, 2009

Nilai-Bangi-Sentul-Taman Melati-Ampang

Pewwwweett.. aku dah sampai kat istana hinggap aku kat ampang; bersebelahan ngan Istana Kayangan Toh Puan.

Nilai: G umah Along Pesal jumpa Adam tonyen + bwk emak, angah, busu g beli brg kat Nilai 3

Bangi: Makan malam kat umah busu. Tgk pakteh Asom

Sentul: Hanta Puan Sri Shikin dan Yang Berhormat Faiz al Gonjoz

Taman Melati: Nak amek ijol tp ijol dah tido.. aku malaz nak kaco.. dan

Ampang:...aku terus balik ke istana hinggap aku nii..Istana Hinggap Kasturi

Lupe to say thanks..sowi

Post ni sepesel utk Aiman (alang) Kak Yus(cikgu Pengiring)... lupa nak say thanks dlm blog aku...(wah 21km)...sowi...
Sesungguhnya kedatangan, kehadiran dan sokongan anda berdua amat la dihargai...
Kenkawan yang menyokong dr jauh pon kena la aku kata TQ gak... tq to allll

#2

apa yang menarik perhatian sume orang tanye pasal #2 ni pon tak tau...

Aku ari agak relax..
Aku agak blur..
Aku agak happy with my family members..
Aku takde apa nak share pasal #2 tu..

konklusi: takde pape.. esok keje..mari siap sedia..yeah yeah!!!

Sunday Morning

Hari yang agak tenang.. agak slow.. agak relax
Takde aktiviti melibatkan otot2 kaki dan badan serta penggunaan otak dilakukan la... basically arini totally REHAT..

Ni sket apa yang telah aku buat dr celik bijik mata sampai la sekang nii......
1) Aku bangun 6.30am: Subuh, kuar amik Toh Puan Sri Nurin kat Istana Kayangan Ampang
2) Gerak g Taman Melati umah Aiman amek barang:: aku hangin jer.. abis sume citer aku nak di share ngan orang.. tak hape2 ntah. Takde bleh simpan langsung. Ni ler orang panggil tempayan pecah!
3) Kat Batu Caves Temple: Kena buat step run. dowh, penat beb!!
4) Breakfast @ Taman Melati ~ venue yang biasa KOMA dtg breakfast pada hari2 cuti
5) Hantar Toh Puan Sri Nurin pulang ke Istana Kayangan.. Toh Puan nak g main GOLF!!
6) Kemas bilik
7) Lipat baju
8) Basuh baju dan sidai baju
9) tgk tv sampai tak tau apa aku nak tgk
10) aku masuk blog ni utk update
11) Lunch with angah tonyen!!
12) G nilai jumpa ADAM

Kamal Junior

Daniel Iman bin Kamalhafez...welcome to the club!!!!



Wahhhh 21km run

Telebey jauh, telebey semangat!!



Sultan Mahmud Bridge Run 2009.
21km..pusing2 satu Kuala Terengganu.
Kali ni je bleh jadi KING atas jalan.. takde kete bleh hangin ngan aku sbb aku belari tengah2 jalan. Polis pon kena jaga aku.. mmg best.

1hr 43min.. manusia ke18 sampai kat garisan penamat.. agak bongok result ni.. macam tak penah belari half maraton.. buang maso jo.. huhu

start 7.30am.. dilepaskan beramai2 oleh MB Ganu. Starting mmg giler.. ramai gle pecut beb!! saiko aku beberapa kilo.. paling tak tahan, ada budak sekolah ni lari kuat gler.. tinggi dada aku je. Berat confirm la 50% kurang dr aku.. mmg satu penginaan beb!!


Advantages run kali ni:
1) Water station byk giler
2) Ada ambulans yang sentiasa menanti peserta2 yang nak tumbang
3) Ramai gler awek ganu yang join larian ni
4) Awek2 cun yang tak lari pon ramai tunggu tepi jaln.. ni la yang menyebabkan aku control macho dan berlari lebih semangat
5) Byk VETERAN depan aku masa first 10km.. mmg bakar beb!!!
6) Start lambat... mmg cabar aku nyer mental laa..
7) Byk milo, 100 plus aku dpt .. tak mcam run2 kat KL.. kat sini tak yah rebut2
8) Event ni COOL laa..

Daulat Tuanku!!




The Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yesterday presented a letter of appointment to his eldest son, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, proclaiming him as the Tunku Besar Seri Menanti.

It was a ceremony steeped in tradition at the Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti near here.

Tunku Ali proclaimed his loyalty to the Yang di-Pertuan Besar.

This was only the third time in 120 years that the Tunku Besar Seri Menanti has been appointed.

The previous two holders, Tunku Burhanuddin and Tuanku Muhriz, held the title for 73 and 43 years respectively.

About 700 guests attended the ceremony, including Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan and wife Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin, state executive council members, assemblymen and heads of government departments.

Also present were Tuanku Muhriz's consort Tengku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud and other members of the royal family.

Tunku Ali, 32, is holding the title previously held by his father prior to his proclamation as the Yang di-Pertuan Besar on Dec 29 last year.

The Tunku Besar Seri Menanti is the most senior of the Putera Yang Empat (Four Princes).

The other three are Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting and Tunku Panglima Besar, held respectively by Tunku Naquiyuddin Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Tan Sri Imran Almarhum Tuanku Ja'afar and Tunku Nadzaruddin Almarhum Tuanku Ja'afar.

The duties of the Putera Yang Empat include supervising the royal court, advising the ruler and overseeing palace officials.

Additionally, the state constitution provides that the Tunku Besar Seri Menanti shall be a member of the Dewan Keadilan dan Undang, the council of the Yang di-Pertuan Besar and the ruling chiefs, comprising the four Undang and Tunku Besar Tampin

Sunday, March 15, 2009

Kite dan sekitar

Pagi2 ari aku dah membebel ngan kawan aku kat kedai kopi. Ikut program asal dtg kedai tu nak breakfast tapi.. ada selingan la pulak dr aku. Sorry la beb! Mahap kan diri ku.. Aku nak melontar kan beberapa soklan yang dah meluap2 dalam kepala aku niiee...



Soklan2 ada seperti berikut:

1) Isu penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik
Hujah Aku: Proceed je dengan Bahasa Inggeris.
Alasan : Kalau PMR ada 6 subjek, 1 English tinggal 7. Kalu 2 drp nya dalam Bahasa Inggeris, ada 5 lagi subjek dalam bahasa melayu. So takda masalah la untuk memelihara BAHASA IBUNDA KU; BAHASA MELAYU
Persediaan: Student kena la ada inisiatif utk terus belajar dan menguasai Bahasa Inggeris, jgn la nak harapkan cikgu je.. Mak ayah pon kena la galak kan anak2 baca bahan bacaan dalam bahasa inggeris.
Kesimpulan aku: Kau Pikir La Sendiri!!!

SRJK (C)













Takde keje, cari keje.. SRJK(C) Ampang ni tak de la jauh mana dr kawasan tempat tinggal aku. Dah dok kawasan org.. kena la pepandai bawak diri..Tok nenek kite dulu selalu pesan; masuk tempat orang kena la pandai2 bagaul, pandai2 jaga hati sume jiran tetangga.. Kalu blaja agama pon kat sekolah dulu, mmg ada chapter yang soh kite ni buat baik kat jiran tetangga (masyarakat sekitar)

Dengan tak semene2, aku ter"join" plak Program Bakti.. sukarela maa..
Ni la aktiviti pertama.. bebudak ni sume potensi ada, tapi KUREEEEEENG sket la.. dtg dr family tak berapa bagus ekonomi perkapita, family tunggang langgang pon ada.. so end up bebudak ni jadi GALUS utk akedemik..

Basically, kiteorg ni ala2 memain je ngan bebudak ni.. kasi enjoy sket.. Ni kalu kasi org senang ati ni pon dapat pahala maaa.. kasi org senyum, kasi org ringan kepala laa.. tak serabut serabai ngan masaelah..

Ni je laa menda yang aku boleh buat.. nak buat lelebey tak mampu kot.. apa aku ble, aku buat je laaa..k

Faces



<<>>

Libur























Model muslimah 2009

Wahai wanita sekalian; ni la contoh model muslimah yang telah berjaya dibuat photo shoot beberapa ari lalu.... ikuti lah langkah dan prosedur mengambil gambar seperti di bawah ini.. Sopan, cantik, POYO!


senaman perut di malam hari....

Tet terettttt.... sapa sana? Alo2, memalam patut dok umah, ni bejalan sapai ke kelumpo.. takdo kojo ko??

Ni la kawan aku mengangkut satu family buat senaman mata + senaman perut sekitar klcc.. dan terjebak la beberapa pompuan serta lelaki lain yang tak macam mana bleh timbol jugak dlm siri niii..



Ni la akibat atau kesan bila dah lama sgt dok atas platform cari black gold, bile turun darat, dah tak kire masa... nak gak kuar walaupun tepaksa satu batalion tentera sendiri .....


::MORAL OF THE STORY::
Carik la kawan2 macam kiteorang ni yang suka kuar ngan ko sbb makan minum adalah DITAJA sepenuhnya oleh mereka2 yang keje kat platform...

Saturday, March 14, 2009

Comel dtg lagiii... busssshhhhhhhhhhhhhhh

Nama aku Adam Haris. Aku budak Nilai. Ni kete aku. Kete ni ala2 zaman batu beb. Kalu mau gerak, kena tolak ngan kudrat tenaga sendiri... Save energy, save our enviroment, tak de pencemaran.....apa lagi, aku saran kan kowang sume dapat kan product ni di pasaraya berhampiran!!!




Miow miow

Miow miow. KUCHING - Sarawak. Ni bukan trip cik kiah bedah bejalan2 atau lawatan sosial yer. Ni nama nya Business Trip; ziarah 3 hari ke Kuching, jumpa "lebai-lebai" di kawasan sekitar.

Apa mau?? mau angkat gambar ka?? aiyoooo.. lu kasi tau awal2 laaa... nanti wa punya muka talak cun laaaa..

Ama; mana papa ni?? Gua sula lapa laa...
Aiyo, Lu g tgk lu nya Apa lepan sana laaa... wa talak tau la mana lu nya Apa...




Tada la geng. Tadi atas tu sume mengarut punyer citer. Aku g Kuching untuk jumpa ini Tauke laa.. Nama dia Peter Miow Miow (bukan nama sebenar). Aku conduct trial at his factory. Keje aku ni ala2 "jalan2, carik makan"... g kilang org, wat production trail... buat quality test, buat report.. so manyak senang .;aaa.. basically, gitu la kehidupan aku nii.. tapi trip ni adalah sgt penat. Mana tak nyer, balik otel, rest kejap.. turun semula.. pi la layan "lebai-lebai" ku iniiiiiii..ayo.. gua rasa, kalu robot pon bleh k.o

Macam tu ler.. takde apa yang best pon masa aku g kuching.. ponek jo dapek

...cont from KL Tower Run (pic for u laaa)

few pic for u. add from previous post.


7.15 AM


done!!!


my ex-school mate; Suhaimi Sulaiman


aku, suhaimi, aiman


peserta wanita tunggal KOMA; Nurin


tq Suhaimi 4 da pics. Sume gamba adalah ihsan member aku; Suhaimi Sulaiman.. tq, tq, tq, tq

Monday, March 2, 2009

Atas sana ada apa ayah??

adoiaaaa.. ntah apa nak buat ujung mggu lepas since ghamai la pulak rerakan setugas, rerakan melepak, rerakan memanjat gunung dlm keadaan "beku" seketika. Tengok kiri, tengok kanan, tengok bawah, tengok atas.. what?? ATAS???



Ye..atas, atas tu.. adoiiiiaa, tinggi tuuu...1km lari diikuti dengan dua ribu lima puluh lapan anak tangga.. (sapa la ghajin mengire anak tangga ni?? dah takde keje kot)... ada dua ribu peserta yang sedaya upaya menyakitkan otot-otot betis memasing utk sampai kat atas sana tu.. dan ada beberapa manusia ilang upaya nak meneruskan "pendakian" anak tangga yang suck ni.. dan tejelepoh la mereka di anak2 tangga yang mereka suka!!

ni ler keje aku hujung minggu lepas.. giler! ilang hakal ke hape.. and result as usual.. i'm the first after the 1999th runner arrived at the finishing line..

Woi!!! Sauh dah angkat..

Sahak @ Ishak B Zainal Abidin – kapten kapal
Ecah @ Aishah – First officer

Sauh kapal sahak dengan jaya telah dinaikkan ke atas kapal tepat pukul 11am, Sabtu (28 Feb 2009), cuaca tempatan pada tika itu dilaporkan cerah dan sedikit berawan... lama dowh sauh ni dok dlm air masin.. kena ombak, kena air masin, siang, malam, kat situ jer la sauh ni melepak… Sahak mmg teror la dlm bab mengangkat sauh ni.. takda orang bleh tolong, Sahak sorang bleh tau macam mana nak angkat sauh yang dah lama terendam kat situ… Berkat doa, semayang hajat dan kesabaran yang lama, akhir nya pada tarikh yang dah aku tuliskan kat atas tu… muka Sahak senyum lebar bila sauh dah ada dlm kapal dia..

Kiteorang ni jadi ler pak-pak dan mak-mak yang pemerhati, saksi kpd usaha gigih sahak yang berusaha campur plak dengan segala keghemuruhan dan kecuakkan dlm hati plus ngan tak keruan si Sahak pagi tu..

Dan akhir nya, sahak la yang akan mengemudi kapal ni sendirian dibantu oleh his first officer menuju ke lautan luas; atlantik, pasifik, laut sulu etc.. yang tedampar kat depan sana tu.. beb, hati2, kena byk sabar bila dok atas kapal, kena byk pikir kalau nak buat keptusan… ribut, topan kat tengah laut tu mmg dah macam perencah nak uji skill kau handel kapal… ombak dan gelora pon ala2 macam gto la jugak..

Enjoy ur journey Sahak n Ecah.. selamat tiba di penghujung pelabuhan saneeeerr!!!!




tarik napas...nak angkat "sauh" niii



First officer...- cun kannnn