Friday, January 29, 2010

Jan 2010

Start our 2010 with 1001 stories..


1. "macam mana kau boleh pass exam kat uni dulu..?" - big question for me
2. "i know you really don't want to do it today. And you came late just now..purposely." am i? i was late because the parking area is far from the venue..and bla..bla..bla
3."Had good time for Fatma to celebrate her birthday" - happy birthday gurl!
4.Speed up all my project for 09/10. Kena slammed lagi - "Tau tau la ko ingat x jonny wilkenson nye data utk stability, and i strongly would like to say that u tak ingat apa2"
5. I did my work without any pressure from my dear boss - ooo best (sbb lab aku jauh dr opis)
6. I had a problem with my close friend- tatau la apa dah sengap sgt aku bulan ni...
7. Energizer Run -  Run KOMA Run - i'll do my own training. will not call for any centralize training- totally down
8.Run in Siam - TBC - most probably NO-NO for me
9. Chamah - Ulu Sepat Holiday Trip - Why Chaman?? Why?? utk kesekian kali nya. Kenapa ada date? kenapa macam formal sgt baju ni? will not wear it laaa..thanks and sorry
10. Met one of my Uni friend- good to have time with u la..byk sembang, byk share experience memasing
11. I'm not a good executive. Executive means to do all the documentation tasks, office task etc..B.O.S.A.N
12. I'm good in handling tools!Apply keje kat Saudi, gaji bersih RM12k, as technician..ooo bagus nyaaaaa
13. I will keep on running but i will not run with u anymore, i'll go alone. Nanti byk sgt komen2..ala2 aku artis pulak
14. L14 - good bye
15. En. Adam, En. Aiman, En. Hasfuan - Run KOMA Run! Adam, hope kaki kau yang kena "hamster" tu ok cepat sbb ko ada tournement lagi nanti..
16. "Sapa curik baju aku?" oo my god..Very nice word from a nice lady
17. En. Khairil - out of sudden..
18. Had very good dinner with you last nite..oooo...tanak makan konon..bleh bla..
19. Meninggal kan KL dengan 1001 masalah, balik KL harap semua ok..
20. ON LEAVE - to rest my mind! aku tension giler, aku tension ngan boss, need a space to rest my mind..all my dear friends- sorry yer kalu ada silap2 kat mana..take care..i'll not disturb you for a week. wassalam

Tuesday, January 26, 2010

Penghormatan Terakhir









Bendera di kibar separuh tiang tanda berkabungnya negara kepada kemangkatan Sultan Johor; Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.




Al-Fatihah...


Saturday, January 16, 2010

esok+kemudian=KOMA

esok- BPP : SRKJ(C) Ampang utk 2010 calender year! ooyes


esok ptg: Pusat Darah KL : Mari derma darah bersama KOMA


Kemudian : KOMA lari2 lagi


Kemudian petang : berwaterfall hunting dgn KOMA


today: 8 - 12.30tghari
: satu masalah telah di settle kan
: punca - communication break down dlm talian yang ditaja oleh Maxis dan Digi
: identified mana yang received, mana yang not received
: malam buat trial :- confirm berjaya




malam ni (sekarang)
menjadi postmen ke shah alam, menghantar sume surat kat ex-husmate ku (si gemok)
ohohoho..mari terus duduk kat kedai ini sambil menambah order air utk memanjangkan perbualan....

Thursday, January 14, 2010

|:-:-:| sad

i'm so sad today..
tu je aku nak share arini..nite

Wednesday, January 13, 2010

Duit makin susut


oooo..tidak..duit makin kurus..
saya kena clear kan credit card..
HSBC, CIMB, AMEX..alolololo...
claim..claim..claim..saya nak duit utk settlekan hutang saya..


lagi satu; oleh sebab kemerosotan ekonomi malaysia tak leh nak bendung lagi
sume kompeni dah rase bahang nyer
pa lagi CLAIM dah kena cantas..
so pahni kalu ada keje2 luar..saya nak naek public transport je la..
mengurangkan cost yang saya tampung..kalu saya naek kete, mesti x bleh cover..


EKONOMI  makin merosot..EKONOMI tak menunjukan perkembangan sihat, EKONOMI makin down..
makan maggie, makan biskut marry, minum kopi O 
atau meneruskan slogan adik aku; Faiz - MALAS NAK MAKAN lah...

credit:
1. http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://lh5.ggpht.com/dp65jo/SDcHaQLQ2WI/AAAAAAAAAFg/9oeXVv291EM/s400/Inflation's%2520Back.jpg&imgrefurl=http://economicsofcontempt.blogspot.com/2008/05/economist-inflation-in-emerging.html&usg=__FX4dhr7rPcZ7OHkZ8j2st5xA5qk=&h=400&w=304&sz=45&hl=en&start=11&um=1&tbnid=vjwRqd37jgv9ZM:&tbnh=124&tbnw=94&prev=/images%3Fq%3Dinflation%2Beconomy%26hl%3Den%26sa%3DN%26um%3D1


2. http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://shane.decorati.com/wp-content/uploads/2008/10/gdp_economy_down.jpg&imgrefurl=http://shane.decorati.com/%3Fp%3D280&usg=__9zpq-g2qEe3DOO5FWAKwuN6iBiI=&h=200&w=300&sz=16&hl=en&start=3&um=1&tbnid=7SF3h8ttLgB-yM:&tbnh=77&tbnw=116&prev=/images%3Fq%3Deconomy%2Bdown%26hl%3Den%26sa%3DG%26um%3D1



Tuesday, January 12, 2010

ohoho..satelit sudah pecah

erm..satelit pecah, line kong, takde coverage..
B O S A N
malas mau layan
3-4 kali la aku check, tp takde hape pon..
humban jugak menda ni lagi bagus @ lupus kan saja dr alam maya ini..
first check: Khamis 5pm sampai 9pm (gagal mengesan apa2)
second check: isnin 5pm sampai 10pm (gagal mengesan apa2)
third check : today 2pm sampai skung (pon gagal mengesan apa2)
mari lupuskan dia!! ayok!!!!!


Tugasan esok:
1. Saya nak bangun awal!! (hohoho..asik bgun lambat je kan)
2. Saya nak wrap sume cd kawan dan hntr kat sane (setahun lebey dlm kete dowh)
3. Petang saya nak buat2 tak dengar dlm meeting - surely saya kena bambu giler2 lagi
4. Saya nak trn jog esok..tak kire la ujan ke..panas ke..saya nak trn jugak!
5. Kalu ada member, saya ngaji 
6. Menu makan esok (air kosong, sayur mayur, buah2 tempatan - no meet, no chicken, no egg, no fish)

Monday, January 11, 2010

macam mana saya bleh pass exam uni?

macam mana saya bleh pass exam uni dulu?
macam mana saya ble tejebak ngan dunia pekerjaan saya sekang?
tu la dulu dah isi borang TLDM, dah di panggil utk rekrut tak nak g..padan muke
elok2 keje kilang buat gloves gatal kasi resign letter nak keje tpt laen konon..
skung sapa susah? 


ikot ati nak je ku panjat sampai kat tingkat paling atas kat opis..tejun smpi bwh..
adoii..kepala makin penin..


update!!!! bape byk kali nak update? len kali jan lupe kalu aku dah update yer...mari tejun reramai..ayoookkk


nabila kejap macam ada, kejap takde..ni kes apa pon tak tau..
nak di angkat bagaikan sultan
nak di usung bagaikan permata yang mahal.
jgn ditegur-tegur kalu silap, mampos dia tak layan..hurghh..
last2 aku pon malas dah nak tolong pikir2kan apa yang bleh utk ko nabila..


m a n u s i a t a k u t k e p a d a k e g a g a l a n a n y i a b m w i a l a  e a

Monday, January 4, 2010

Hulaif Faisal: Berita dr Ipoh




Kalimah ALLAH pada telinga Hulaif Faisal b Ahmad Faisal

Sunday, January 3, 2010

Panggilan..panggilan..panggilan hanget

Tak tau malam ni nyer jahat menjadi ker tidak..ohoho..


Tgk Ck, Jai, Aiman, Huda, Aiman kepada target utama CPS.
Kite tunggu je..


Result:
1. Toyota pink --> tukar itam (aiman dah terima call dr CPS)
2. Jai
3. CK
4. Huda


tungguuuuuuu...

Saturday, January 2, 2010

rajin dan terus rajin

demam pon ku gagahkan jugak ke opis..
sojok laaaaaak ai opis ni.
ghaso sobab den dah kono balon ari selaso lopeh, den tgk tompek kojo den besepah macam kepalo otak den yang tongah tingtong..
2 jam den komeh..dr beseleghak, toghuih lawa laa ghoman eii..
mmg suko ati den..
mano tak ei.."sampah" jo dah 6 kotak den kumpo..den simpan elok2..lotak elok2 dlm kotak..
mmg clean la mejo den kalau kowang poie ziarah..
paep2 bighu tu pon abih den simpan.
menyomak jo ado kek tompek den..
skali poie buek trial..2 batang paep den hangkot naek pejabek..
mau 5 kali..tak ko sepuloh dah ado..
sobab dah beseleghak bona..komeh jo la jawap ei kan...


Ado la dlm 2 jam terakhe tu den buek kojo, anta email kek bos kesayangan den..anta email kek trader den..
buek la MOM yang dah lamo tegendalo..
donga lagu kojap..
den beghasap kek mejo 2-3 batang..
dah pukol 7.17pm..
megreb!!!! semayang toghuih calo balik..


Malam poie la jumpa En. Aiman.
nampak macam sihat jo dio aghi ni
tak tau la kalau dio ni belakon sihat jo ko..apo ko..tak tau la den
kobeh sowang sebungkuih nasik ayam dagho..air neskepe ais segoleh..
beghambuih balek tompek memasing


Kono lak bg komen kek kojo si aiman..
koba ei blog KOMA..
den layan kan gak walaupun den tau kepalo den ni takdo soni..
ontah la..den tak tau apo nak komen bona eii..
tagham jo laah..


mato dah kuyu..
den tido dulu


p/s:
En. Pejai..den doman laei haa..tak kobah laie..
ubek den dah talo..
tunggu la batok den ni beghanso..
nak den telipon kau, kang kau donga longkang longkong jo den nyo batok ni..so tgu den sihat la baghu den telipon kau yoo!!

Friday, January 1, 2010

Harapan 2010

1. Kurangkan bengkek aku pada kawan aku yang sorang nie. Nak tgk sume menda yang aku kasi dolu dia dah bleh lafaz dgn betol..(harap lurusnya kurang, pick-up nya lebih;syukur nya bertambah)
2. Bilik aku akan ada bau2 yang lebih segar (2009: bau x bes, bau baju yang pakai dan x bebasuh utk few months)
3. PPA aku at least 3..bukan M3 dan bukan 4
4. Aku nye duit cukup utk majlis
5. Family aku idop dengan lebih ceria
6. Duha aku consistent
7. Qatam sekali lagi
8. Nak travel oversea 3 kali lebey byk dr thn 2009
9. Tak nak paperwork lagi..BOSAN!
10. Aku nak buat byk keje hand-on job
11. Nak project lagi best utk mencabar minda aku
12. Nak g keje SABIC - (poyo..kalu dpt la)
13. Nak masuk lagi byk running event
14. Nak abeskan G7
15. Nak ada umah sendiri
16. Mengurangkan loan PTPTN
17. Menambahkan pendapatan (extra income)
18. Ayin SPM :RESULT mesti GEMPAQ:

Sambutan Tahun Baru 2010 dengan Solat Sunat Gerhana Bulan

Thn ni kite masuk thn baru dengan meletakan dahi dibumi tanda kesyukuran dan kebesarannya krn selang 1jam 17 min (1.17am @ 1 Jan 2010) berlaku la gerhana bulan.

Dr BERNAMA menyatakan:
PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) -- Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim.



Dan dr http://www.lingkudau.net/Siaran/sunat-gerhana.htm menyatakan:



Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ  ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ  ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا


Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i.                    Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii.       Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
*        Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

  
ii.      Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i.  Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُُ فَقَالَ  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

 

MaksudDari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’  ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
  

                                                                                     
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :

1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.       Membaca surah al-Fatihah.



5.       Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.

b.   Rakaat kedua.

1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah       
          atau mana-mana surah.
5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.

*        Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
*        Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
*        Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i.        Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii.       Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii.      Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai,  jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv.      Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i.        Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii.       Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii.      Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Matla’ Badrain.
Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1,  terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan,  Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.



apa lagi jom ramai2 buat solat sunat gerhana bulan kejap lagi!!